Tentang Kami

Persatuan Kebajikan Warga Emas Al-Qaid

Ditubuhkan sebagai usaha prihatin terhadap golongan warga emas yang memerlukan tempat perlindungan dan penjagaan harian yang selamat, terurus, serta penuh kasih sayang.

Bermula di Tangkak, Johor, pusat jagaan ini dibina atas semangat kemasyarakatan untuk memastikan mereka yang telah menabur jasa dan bakti kepada masyarakat dapat menikmati usia senja dalam suasana yang sejahtera dan terpelihara.

Kami berpegang kepada prinsip bahawa warga emas bukan beban, tetapi anugerah dan amanah yang wajib dihormati. Justeru, Al-Qaid komited untuk menyediakan persekitaran yang tenang, penjagaan profesional, dan kehidupan bermaruah buat setiap penghuni kami.

Objektif Penubuhan

VISI

Menjadi pusat jagaan warga emas yang unggul di Johor yang menyediakan penjagaan berteraskan nilai kasih sayang, maruah dan keselamatan, serta menjadi rujukan utama dalam penjagaan warga emas di Malaysia.

MISI

1. Menyediakan penjagaan menyeluruh yang merangkumi keperluan fizikal, emosi dan sosial warga emas.

2. Mewujudkan suasana kediaman yang selesa, harmoni dan mesra untuk warga emas.

3. Mendidik masyarakat tentang kepentingan penghormatan dan penjagaan terhadap warga emas.

4. Menjalin kerjasama dengan agensi, NGO dan komuniti dalam menyokong kebajikan warga emas.